FUNGSI ALAT PERTUTURAN
1. |
Bibir
atas
|
11.
|
Tengah
lidah
|
2.
|
Bibir
bawah
|
12.
|
Belakang
lidah
|
3.
|
Gigi
atas
|
13.
|
Akar
lidah
|
4.
|
Gigi
bawah
|
14.
|
Epiglotis
|
5.
|
Gusi
|
15.
|
Pita
suara
|
6.
|
Lelangit
keras
|
16.
|
Rongga
tekak
|
7.
|
Lelangit
lembut
|
17.
|
Rongga
Hidung
|
8.
|
Anak
tekak
|
18.
|
Rongga
mulut
|
9.
|
Hujung
lidah
|
19.
|
Rahang
|
10.
|
Hadapan
lidah
|
20.
|
Tenggorok
|
Lidah
Lidah
ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi
bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan
lidah, dan belakang lidah.
Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan
bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam
pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.
Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana
bahagian mulut untuk membuat penyekatan.
Gigi
Gigi juga berperanan dalam penghasilan
bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan
sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi.
Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.
Bibir
Bibir adalah alat artikulasi yang
terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot
kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan
mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan
paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada
udara yang keluar daripada rongga mulut.
Gusi
Gusi merupakan bahagian yang embung
dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan
sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat
penyekatan.
Lelangit
Lelangit
dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.
Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir
rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas
rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga
tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan
udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut
akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.
Rongga
Hidung
Terletak
di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka
atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut
dinaikkan atau tidak.
Pita Suara
Pita
suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan
bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit
lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.
JENIS-JENIS
BUNYI
Bunyi Vokal
Bunyi
vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami
sekatan atau himpitan. Bunyi vokal
juga dipengaruhi oleh pengaruh
lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.
Kedudukan
vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

PENGHASILAN BUNYI VOKAL
Vokal
Depan Sempit (i)
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah
dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah
didekatkan pada gusi.
Lelangit
lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga
mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang
boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat.
Contoh:
bilik, itik, titik, tilik, inggeris
Vokal
Depan Separuh Sempit (e)
Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah
setinggi membunyikan vokal (i).
Contoh:
kole, tauge, bendi, elok
Vokal Depan Separuh Luas
Untuk mengeluarkan vokal ini
depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ).
Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti
semasa mengeluarkan bunyi vokal (i)
dan (e).
Contoh: elak,ekor, lenyek
Vokal
Depan Luas ( a)
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini,
depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan
terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung.
Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i),
dan (e).
Contoh:
anak, pandai, landai, anting,
siapa, takat
Vokal
Belakang Sempit (u)
Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas,
tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan.
Contoh: usang, udang, unggas, ular
Vokal
Separuh Sempit ( o )
Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang
paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan.
Contoh: borang, orang, obor, sotong
Vokal Belakang Separuh Luas
Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan
separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat
dalam bahasa Melayu.
Vokal Tengah
Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut.
Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan
sederhana luasnya.
Contoh:
enam, empat, kenduri, gerai.sumber: portal pendidikan utusan
No comments:
Post a Comment